Dua Pekerja Estet Mati Tertimbus Tanah Runtuh Di Tenom

Diterbitkan: Khamis, 5 Jun 2014 2:33 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Dua pekerja estet terbunuh selepas tertimbus dalam tragedi  tanah runtuh ekoran hujan lebat di Tenom, Sabah.

Dua lelaki tersebut yang identitinya belum dikenal pasti sedang menjalankan kerja mengukur di kem pembalakan Ulu Tomani yang terletak kira-kira 100 kilometer dari pekan Tenom ketika insiden berlaku pada petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Tenom, Timbalan Superintendan, Abd Firdaus Francis Abdullah berkata, kedua-dua mangsa dikeluarkan oleh rakan sekerja mereka kerana tiada isyarat telefon dan Internet di lokasi untuk mendapatkan bantuan.

Mereka tidak boleh membuat panggilan telefon untuk mendapatkan bantuan, jadi mereka berusaha untuk mengeluarkan mayat tersebut dengan sendiri.

Kedua-dua mayat itu hanya dihantar ke hospital kira-kira pukul 6 pagi Khamis dan polis dimaklumkan mengenai insiden itu kemudian.

Beliau berkata, keadaan yang berbukit menyebabkan kenderaan sukar untuk memasuki kawasan tersebut.

Katanya, mungkin atas sebab itu mereka mengambil masa yang lama untuk tiba di hospital dan memaklumkan kepada polis.
Tags / Kata Kunci: tanah runtuh , tenom

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan