Tiga Nelayan Hilang Ditemui Berhampiran Perairan Vietnam

Diterbitkan: Khamis, 5 Jun 2014 3:09 PM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Tiga nelayan yang dilaporkan hilang ketika keluar menangkap ikan sejak 11 hari lalu di Perairan Pulau Tenggol ditemui selamat awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacob berkata mereka yang ditemui nelayan tempatan kira-kira pukul 10 pagi semalam kemudiannya ditunda balik dan tiba di jeti Seberang Takir, Kuala Terengganu kira-kira pukul 4.30 pagi Khamis.

"Bot mereka dipercayai mengalami kerosakan enjin sebelum hanyut dibawa arus sehingga sempadan Vietnam. Kesemua mereka ditemui selamat dan sihat. Dua daripada mereka telah pulang ke rumah mereka di Dungun," katanya.

Isnin lalu, Che Wan Mohd Radzi Ce Wan De, 48, bersama dua awak-awaknya Wan Kamarudin Wan Ali, 52, dan Ahmad Che Ngah, 39, dilapor hilang setelah keluar menangkap ikan.

Gerakan mencari dilancarkan dengan bantuan sebuah bot polis marin dan dua buat bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta sebuah pesawat Cessna Caravan milik Unit Udara Polis Diraja Malaysia.

Tags / Kata Kunci: nelayan , hilang , perairan Vietnam

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan