Sindiket Hamba Seks: Polis Siasat Dakwaan Pembantu Rumah

Diterbitkan: Khamis, 5 Jun 2014 5:51 PM

Abdul Samah Mat

(Ubah saiz teks)

KLANG: Polis sedang menyiasat semua laporan yang dibuat seorang pembantu rumah berusia 33 tahun, termasuk dakwaan bayinya dibuang oleh ejennya di Genting Highlands.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, selain itu, pihaknya juga menyiasat dakwaan dia dirogol  seorang lelaki India.

"Sehingga kini, 13 pembantu rumah warga Indonesia, termasuk ibu bayi itu berada dalam tahanan polis dan mereka akan dihantar ke Jabatan Imigresen kerana tinggal melebihi tempoh di negara ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Daerah Utara Klang, Khamis.

Mengenai sama ada pembantu rumah didera secara seksual, Abdul Samah berkata, ia masih dalam siasatan, sambil menambah bahawa beliau tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut mengenai kes itu yang boleh menjejaskan siasatan.

"Saya tidak boleh mendedahkan maklumat lanjut sama ada ejen itu, pembantu rumah termasuk yang mendakwa dirogol atau mengapa ejen membawa bayi itu ke Genting Highlands kerana setakat ini polis sedang menjalankan sisatan.

"Bagi punca kematian bayi, kita perlu menunggu keputusan bedah siasat," katanya.

Ditanya jika pembantu rumah diletakkan di rumah usang, beliau menafikan, malah mereka diselamatkan di rumah mewah di Kota Kemuning dan turut dibenarkan menggunakan telefon.

Beliau juga menafikan lelaki India yang didakwa bapa kepada bayi itu sudah ditahan.

Abdul Samah berkata, polis juga mencari pembantu rumah lain selepas siasatan awal menunjukkan terdapat sejumlah 20 daripada mereka yang tinggal tersebut.

Selain itu, katanya, isteri kepada ejen itu yang ditahan pada Rabu telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Tags / Kata Kunci: buang bayi , pembantu rumah , Polis Selangor

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan