Kes Penculikan: Mungkin Ada Agenda Tersendiri - Musa Hassan

Diterbitkan: Rabu, 4 Jun 2014 4:18 PM

Musa Hassan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: penculikan yang berlaku di sempadan perairan negara mungkin suatu agenda tersembunyi yang dilakukan pihak tertentu untuk memburukkan imej pasukan penguat kuasa dan negara keseluruhannya.

Pengerusi Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia Tan Sri Musa Hassan berkata penculik mungkin mempunyai tujuan atau agenda tersembunyi di sebalik penculikan itu, walaupun ia mungkin dilihat mahu menuntut wang tebusan.

"Mereka mungkin mahukan wang...mungkin juga ia sengaja dilakukan demi  menjatuhkan maruah negara dengan seolah-olah memberi gambaran penguatkuasaan negara ini lemah," katanya.

Pada masa sama, bekas Ketua Polis Negara itu tidak menolak kemungkinan kes penculikan berlaku apabila kumpulan atau individu tertentu sengaja mengambil kesempatan atas sesuatu isu yang timbul untuk melaga-lagakan Malaysia dan negara lain.

Musa berkata keadaan ini memberi cabaran kepada pasukan penguatkuasaan dalam meningkatkan lagi tahap keselamatan agar kawalan keselamatan mereka tidak dipertikaikan keberkesanannya oleh mana-mana pihak.

Mengulas lanjut mengenai motif, Musa berkata kejadian sesuatu kes penculikan berbeza mengikut kes antaranya dendam, hutang dan pergaduhan.

Bagaimanapun, Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial,Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah Kuala Lumpur (Pencegah), Jeevan S.Ramamurthipula berpendapat kebanyakan kes penculikan di sempadan negara dilakukan dengan bermotifkan wang oleh lanun-lanun yang dilatih menggunakan senjata api.

"Pada pendapat saya, ia tiada kaitan untuk melaga-lagakan dua pihak. Kalau kita lihat, semua bangsa dan warganegara pun tidak terkecuali daripada menjadi mangsa. Ia jenayah terancang," katanya.

Beliau berkata penculikan mungkin berlaku atas banyak sebab antaranya faktor ekonomi sesebuah negara yang mendesak mereka melakukan sesuatu demi mendapatkan wang.

Beberapa kes penculikan berlaku di perairan Sabah, dengan yang terbaru melibatkan seorang pengurus syarikat ternakan ikan warganegara China diculik sekumpulan lelaki berpakaian celoreng dan bersenjata api dalam satu kejadian di perairan Pulau Baik, berhampiran Silam, Lahad Datu, Sabah, 6 Mei lepas.

Dalam insiden pada jam 2.45 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Yang Zai Lin, 34, berasal dari Guangzhao, China dilarikan oleh suspek menuju ke selatan Pulau Simutu, Filipina.

Kejadian itu merupakan insiden kedua membabitkan warga China selepas pada 2 April lepas, seorang pelajar China, Gao Hua Yuan, 29, bersama seorang pekerja resort warga Filipina, Marcy Dayawan, 40, diculik di Resort Singamata oleh sekumpulan tujuh lelaki bertopeng dan berbaju hitam menggunakan sebuah bot laju.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka diselamatkan Jumaat lepas hasil kerjasama pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina tanpa sebarang pembayaran kepada kumpulan penculik berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Musa Hassan , kes culik , Sabah

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan