Buang Bayi Dalam Gaung: Polis Tahan Ejen Pekerja, Isteri

Diterbitkan: Rabu, 4 Jun 2014 10:02 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Polis menahan seorang ejen membekalkan pekerja asing dan isterinya untuk membantu siasatan berhubung aduan seorang pembantu rumah yang kehilangan bayinya akhir bulan lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Ruslan Abdullah berkata kedua-dua suspek ditahan di Shah Alam semalam setelah ibu mangsa yang merupakan seorang pembantu rumah warga Indonesia berumur 33 tahun membuat laporan polis berhubung kehilangan bayinya itu.

Penahanan suspek terbabit dan isterinya telah membawa kepada penemuan mayat seorang bayi lelaki berusia enam bulan dalam keadaan kembung dan berulat di sebuah gaung berdekatan Genting Highlands 11 pagi Rabu.

Katanya, ibu bayi berkenaan yang tidak mempunyai permit kerja mendakwa ejen terbabit yang juga majikannya telah membawa bayinya kononnya untuk diberikan kepada seorang rakannya.

Ruslan berkata suspek turut mengaku bertindak membungkus mayat bayi itu dengan beg plastik dan memasukkannya ke dalam sebuah beg pakaian sebelum membuangnya ke dalam gaung di lokasi ia ditemui.

Katanya, siasatan awal mendapati bayi itu dilahirkan November tahun lepas hasil hubungan pembantu rumah itu dengan seorang lelaki tempatan ketika dihantar untuk bekerja ke rumah lelaki itu akhir tahun lepas.

Katanya, setelah mengetahui wanita itu mengandung, lelaki terbabit meminta ejen berkenaan membawa balik wanita itu sebelum dihantar bekerja di tempat lain sepanjang tempoh mengandung.

Mayat bayi dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang untuk bedah siasat.

Terdahulu, Mahkamah Majistret Shah Alam mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap ejen terbabit sehingga 10 Jun ini bagi membantu siasatan kes ini.

Ruslan berkata polis juga menyelamatkan enam pekerja wanita warga Indonesia yang bekerja tanpa permit sebagai pembantu rumah jangka pendek dengan ejen yang sama kerana dipercayai dieksploitasikan secara seksual oleh ejen itu dan juga pelanggannya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan