32 Kes Aset Hilang Dalam 4 Tahun - Polis Pulau Pinang

Diterbitkan: Rabu, 4 Jun 2014 1:06 PM

Pistol dan gari antara aset polis Pulau Pinang yang hilang dalam tempoh empat tahun.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang merekodkan 32 kes kehilangan aset meliputi peralatan persenjataan seperti kelopak peluru, senjata api, motosikal dan gari dari tahun 2010 hingga 2013.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, sejumlah 16 kes telah selesai dan tujuh daripadanya dikenakan penalti berjumlah RM15,555.80 kepada individu bertanggungjawab manakala selebihnya dalam proses tindakan.

"Bagi sembilan daripada kes yang telah selesai, satu kes dihapus kira, satu kes diberi surat teguran, satu kes melibatkan anggota bersara, satu kes dikenakan tindakan tatatertib dan lima kes ditutup," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Perhimpunan Ikrar Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, Rabu.

Katanya,Jabatan Logistik dan Pengurusan diarah mengkaji peraturan sedia ada berkaitan pengurusan aset sebagai langkah penambahbaikan dan mengawal kes seumpama itu daripada berulang.

Beliau mengingatkan tindakan tatatertib akan dikenakan ke atas pegawai dan anggota yang menyebabkan kehilangan aset sama ada berpunca daripada kecuaian, penipuan atau kecurian.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahim berkata, polis telah merekodkan keterangan empat individu berhubung insiden Pusat Khidmat Masyarakat Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh dibaling 'molotov cocktail', yang dilapor Jumaat lalu.

Katanya polis mendapati bahan letupan itu dibuat daripada minyak tanah dan motif kejadian masih dalam siasatan.

"Tiada saksi melihat kejadian itu. Kawasan terlibat pula tiada kamera litar tertutup dan polis percaya ia dilakukan pada waktu tengah malam atau awal pagi ketika hari gelap," katanya.


iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan