Sah Mayat Lelaki Suspek Kes Bunuh Siti Soffea Emelda - Polis

Diterbitkan: Selasa, 3 Jun 2014 3:58 PM

Rakaman yang menunjukkan suspek (kanan) bersama Siti Soffea Emelda pada hari kanak-kanak itu ditemui mati.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan mayat lelaki yang ditemui terapung di Sungai Klang berhampiran plaza tol Sunway pada Sabtu lepas, adalah suspek kes pembunuhan kanak-kanak perempuan, Siti Soffea Emelda.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, identiti suspek dikenal pasti daripada analisis cap jari di bahagian Rekod Jenayah Polis.

Khamis lalu, kanak-kanak berusia dua tahun enam bulan itu dibunuh kejam dengan kepalanya terputus daripada badan dipercayai dikelar suspek di tepi Sungai Klang berhampiran Stesen Komuter Kuala Lumpur, Jalan Hishammudin di sini.

Saksi mendakwa melihat seorang lelaki merebahkan kanak-kanak itu di tepi sungai sebelum menghempaskan sesuatu ke kepalanya dan melakukan 'sesuatu' pada leher mangsa.

Apabila saksi cuba menghampiri suspek, dia melarikan diri dengan terjun ke dalam Sungai Klang.

Suspek dipercayai dibebaskan dari Penjara Kajang pada 26 Mei lalu selepas menjalani hukuman penjara dua tahun atas kesalahan samun.

Mayatnya ditemui lengkap berpakaian dengan memakai baju kotak-kotak berwarna merah, berseluar panjang biru gelap, bertali pinggang dan tidak berkasut. Tiada dokumen pengenalan diri dijumpai.


iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan