Pil Kuda Bernilai RM7.2 Juta Dirampas Sehingga Mei Lepas

Diterbitkan: Selasa, 3 Jun 2014 4:19 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Polis Kelantan akan memperhebat kempen kesedaran mengenai bahaya pengambilan pil kuda di negeri ini berikutan rampasan dadah itu yang bernilai RM7.2 juta sehingga Mei lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata rampasan dadah itu, yang meningkat berbanding rampasan bernilai RM2.9 juta bagi tempoh sama tahun lepas, menunjukkan gejala pengambilan dadah itu kini mencapai tahap yang amat serius di negeri ini.

Justeru itu, katanya Polis Kelantan akan menggiatkan lagi kempen kesedaran mengenai bahaya pengambilan pil kuda dengan memasang papan-papan tanda mengenainya di seluruh Kelantan dalam masa terdekat.

"Kita telah adakan banyak program untuk mengatasi masalah ini tetapi ia kurang berkesan. Oleh itu, pihak saya akan adakan kempen besar-besaran di seluruh negeri Kelantan dengan memasang papan tanda di tepi jalan untuk mendidik orang ramai mengenai implikasi pengambilan pil kuda," katanya di sini, Selasa.

Beliau turut meminta orang ramai supaya mambantu Polis Kelantan membanteras gejala pengambilan dadah jenis methamphetamine atau pil kuda terutamanya dalam kalangan remaja.

"Mereka yang terlibat adalah seawal usia 15 tahun. Oleh itu, kita perlu kerjasama semua pihak terutama ibu bapa, Badan Bukan Kerajaan (NGO), kerajaan negeri dan lain-lain bagi mengatasi masalah ini," katanya.

Jalaluddin berkata kebanyakan penjenayah yang ditahan pihaknya juga positif dadah dan bagi tempoh sehingga Mei tahun ini, Polis Kelantan menahan 397 pengedar dadah berbanding 254 orang tahun lepas.

Terdahulu, beliau menyaksikan Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, Selasa.

Supt Mit A/L Emong, yang sebelum ini adalah Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik kontinjen itu, kini dilantik sebagai Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan menggantikan Supt Amran Ramli yang yang dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Pahang.
Tags / Kata Kunci: pil kuda , Kelantan

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan