Penternak Kerugian RM100,000, 29 Ekor Lembu Dilarikan - Berita Jenayah | mStar

Penternak Kerugian RM100,000, 29 Ekor Lembu Dilarikan

Diterbitkan: Selasa, 3 Jun 2014 4:25 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Sebuah syarikat ternakan di Kampung Pahang dekat Jalan Sungai Soi di sini kerugian hampir RM100,000 selepas 29 ekor lembu di ladang berkenaan dilarikan awal Selasa. 

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu dipercayai dilakukan lapan lelaki bersenjatakan pistol.

Beliau berkata sebaik menceroboh ke ladang berkenaan, suspek bertindak mengikat seorang pekerja lelaki berusia lingkungan 30-an di ladang, sebelum memindahkan lembu-lembu itu.

"Kami percaya kesemua lembu itu dilarikan dengan menggunakan sebuah lori, namun jenis kenderaan yang digunakan masih lagi dalam siasatan," katanya ketika dihubungi di sini, Selasa.

Beliau berkata polis juga masih menyiasat sama ada pistol yang digunakan dalam kejadian itu seperti yang didakwa oleh pekerja ladang adalah senjata tiruan atau sebaliknya.

Katanya, gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan.

Tags / Kata Kunci: lembu , curi , Kampung Pahang
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan