Awasi Taktik Ah Long Rekrut Pelajar - Polis

Diterbitkan: Selasa, 3 Jun 2014 12:53 PM

Mun Phing (tengah)menurunkan poster Ah Long pada Selasa di Shah Alam.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kegiatan Ah Long dikesan merekrut pelajar untuk mengedarkan risalah atau menampal poster dengan menawarkan sejumlah wang saku untuk mengisi masa lapang pada musim cuti persekolahan.

Walaupun belum ada tangkapan setakat ini, pihak polis sudah mengenal pasti lokasi kegiatan berkenaan dan kini sedang mempergiatkan pemantauan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Asisten Komisioner Chong Mun Phing berkata, pembabitan pelajar dalam kegiatan ini adalah salah di sisi undang-undang.

"Dalam undang-undang, sesiapa yang membantu kegiatan Ah Long adalah satu kesalahan.

"Walaupun belum terima sebarang laporan, pihak kami tahu mengenai perkara ini dan saya berharap ibu bapa memantau kegiatan harian anak-anak mereka," katanya ketika mengikuti 'Operasi Vulture' di sekitar Shah Alam pada Selasa.

Mun Phing berkata, sesiapa yang didapati bersalah boleh didalwa mengikut 29AA Seksyen 5 Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 dan dihukum penjara dua tahun dan denda sehingga RM20,000 jika disabitkan kesalahan.

"Bagi yang menjalankan aktiviti Ah Long pula boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 5(2) akata sama," katanya.

Beliau berkata, sehingga kini 29 tangkapan membabitkan Ah Long dibuat, manakala 38 kes dibuka untuk siasatan lanjut.

"Di Shah Alam, kawasan Taman Sri Muda menjadi tumpuan Ah Long kerana faktor pendatang asing yang ramai serta pekerja kilang.

"Kami dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta Pertubuhan Bukan kerajaan (NGO) akan cuba mengurangkan aktiviti Ah Long ini daripada terus berleluasa," jelasnya.

Selain itu, Pengawai Penguatkuasa MBSA, Hairul Hanif Abu Taib berkata, pihaknya membuat empat tangkapan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini berkaitan kes merosakkan harta benda awam atau vandalisme.

Katanya, daripada jumlah itu, seorang membayar denda, manakala tiga lagi dalam proses penawaran kompuan dan boleh didakwa jika gagal berbuat demikian.

"Selain itu, sebanyak 35,000 bunting diturunkan tahun ini dengan purata 7,000 sebulan," katanya.

Ops Vulture yang dijalankan pada Selasa melibatkan 110 orang termasuk pihak polis, MBSA dan NGO.

Tags / Kata Kunci: Ah Long , remaja sekolah , kerja sambilan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan