Budak Perempuan Terjun Dari Kereta Dilarikan Penjenayah

Diterbitkan: Isnin, 2 Jun 2014 8:53 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun bertindak nekad terjun keluar dari sebuah kenderaan yang dilarikan penjenayah dalam kejadian di Keramat AU3, di sini Isnin.

Kanak-kanak itu yang berbuat demikian ketika kenderaan jenis Mitsubishi Triton tersebut mula bergerak, mengalami cedera ringan di pinggang, tangan dan kaki, kata Ketua Polis Ampang Jaya ACP Khairuldin Saat.

Katanya kejadian berlaku pukul 12.30 tengah hari ketika bapa mangsa meninggalkan anaknya di dalam kenderaan tanpa mematikan enjin berhampiran sebuah bengkel.

Suspek yang berbadan kurus tinggi dan dipercayai warga tempatan berusia dalam 30-an dilihat turun dari sebuah kereta jenis Proton Persona berwarna kelabu sambil bercakap menerusi telefon bimbit, sebelum melarikan kenderaan tersebut, katanya.

Katanya bapa mangsa yang menyedari kejadian cuba menghalang namun gagal menghalang suspek daripada melarikan kenderaannya.

Kanak-kanak itu ditemui bapanya kira-kira 700 meter dari lokasi kejadian, katanya.

Sementara itu, penganalis jenayah Datuk Akhbar Satar mengingatkan ibu bapa supaya tidak bersikap sambil lewa dalam soal keselamatan anak.

"Jenayah berlaku kerana ada peluang untuk penjenayah...selagi ibu bapa tidak peka tentang keselamatan anak mereka, kejadian seumpama ini akan terus berlaku walaupun media sering memaparkan isu-isu sebegini," katanya.
Tags / Kata Kunci: kanak-kanak , perempuan , penjenayah , terjun , kereta

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan