Polis Perlu Masa Kenal Pasti Identiti Suspek Bunuh Kanak-Kanak Perempuan

Diterbitkan: Isnin, 2 Jun 2014 8:16 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis memerlukan sedikit masa bagi mengenal pasti identiti suspek kes pembunuhan kejam kanak-kanak perempuan pada Khamis malam lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata pengesanan atau pemeriksaan ke atas cap jari suspek lelaki itu tidak dapat dijalankan dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Pusat Pendaftaran Jenayah kerana Ahad masih cuti hujung minggu.

"Pihak polis juga masih menunggu keputusan atau laporan bedah siasat. Pada peringkat ini, diharap media faham dengan situasi yang dihadapi pihak polis supaya tidak berlaku kesilapan fakta yang boleh menjejaskan hala tuju siasatan," katanya dalam satu kenyataan malam Ahad.

Beliau juga berkata pihaknya belum mengenal pasti motif sebenar pembunuhan kanak-kanak berusia dua tahun enam bulan itu.

"Siasatan polis akan mencakupi semua sudut, termasuk merekodkan rakaman percakapan kedua ibu bapa dan mereka yang mengenali keluarga mangsa," katanya.

Dalam kejadian pada kira-kira 9 malam itu, seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan menyayat hati dengan kepalanya terputus daripada badan dipercayai dikelar suspek di tepi Sungai Klang berhampiran Stesen Komuter Kuala Lumpur di Jalan Hishamuddin di sini.

Saksi mendakwa melihat seorang lelaki merebahkan kanak-kanak itu di tepi sungai sebelum menghempaskan sesuatu ke kepalanya dan melakukan 'sesuatu' pada leher mangsa, dan apabila saksi cuba menghampiri suspek, dia melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai.

Semalam, suspek lelaki itu ditemui terapung di Sungai Klang berhampiran tol Sunway pada kira-kira 3 petang.

Mayat itu ditemui dalam keadaan terlentang oleh orang awam yang memaklumkannya kepada polis.
Tags / Kata Kunci: Gan Kong Meng

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan