Unit Keselamatan Malaysia-Filipina Runding Bebas Mangsa Culik

Diterbitkan: Ahad, 1 Jun 2014 5:54 PM

Datuk Mohammad Mentek (kiri) melakukan tinjauan terhadap tugas pasukan keselamatannya di Pulau Abal, Lahad Datu baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina memulakan satu lagi rundingan dan kali ini bagi membebaskan pengurus sangkar ikan, Yang Zailin.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (Esscom), Datuk Mohamad Mantek berkata, mangsa yang diculik dari Pulau Baik di daerah Lahad Datu pada 6 Mei lalu dilaporkan selamat di selatan Filipina.

Beliau berkata pasukan keselamatan Malaysia bekerjasama dengan rakan sepasukan mereka dari Filipina untuk membebaskan Yang.

Kemungkinan untuk membebaskan Yang adalah baik, demikian menurut Mohamad selepas mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil Dewan Perniagaan Cina Kota Kinabalu di sini pada Ahad.

Rundingan sebelum ini antara pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina dengan kumpulan lelaki bersenjata berjaya membebaskan pelancong China, Gao Huayun dan pekerja hotel Filipina, Marcy Darawan dari kubu kuat Abu Sayyaf di Pulau Jolo di selatan Filipina selepas 59 hari ditawan.

Rundingan itu bermula tidak lama selepas kedua-dua mangsa Gao, 29, dan Marcy yang berusia 40 tahun diculik dari Singamata Reef Resort berhampiran Semporna oleh lima lelaki bersenjata pada 2 April.
Tags / Kata Kunci: Esscom

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan