Kehilangan Lelaki British Di Tioman Jadi Misteri, Polis Nafi Tidak Serius Dalam Carian

Diterbitkan: Ahad, 1 Jun 2014 3:02 PM

Huntley dilaporkan hilang di Pulau Tioman pada 28 Mei.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Polis mengambil serius usaha mencari lelaki British yang hilang, Gareth David Huntley, satu tindakan yang bertentangan dengan apa yang dilaporkan oleh akhbar asing, kata Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani.

Beliau berkata beberapa media elektronik asing melaporkan bahawa polis tidak serius melakukan operasi mencari lelaki hilang yang berusia 34 tahun itu.

Katanya, laporan itu tidak tepat kerana pihak berkuasa dan penyelamat yang mengetuai usaha carian telah aktif menjalankan operasi sejak menerima laporan mengenai kehilangan Huntley di Tioman.

Sharifuddin berkata Huntley telah memberitahu kakitangan 'Juara Turtle Project' mengenai rancangannya untuk melakukan trekking ke Air Terjun Lubuk Teja pada 27 Mei, tetapi apabila dia tidak pulang, kakitangan pusat perlindungan penyu itu telah pergi mencarinya tetapi tidak berjaya.

"Pasukan peronda polis diberitahu mengenai kehilangan Huntley pada 28 Mei dan sarjan polis telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan sebuah pasukan carian untuk mencarinya. Sarjan diperlukan untuk memastikan dia juga dapat melakukan pemeriksaan di bilik Huntley tetapi hanya pakaian dan komputer riba miliknya ditemui di sana.

"Terdapat tanda tanya di sini kerana tidak ada dokumen peribadi miliknya di dalam bilik. Huntley juga tidak mendaftarkan namanya di rumah tamu.

"Pihak polis hanya mendapati namanya apabila memeriksa daftar Jabatan Taman Laut yang menunjukkan dia memasuki pulau itu pada 22 Mei," kata Sharifuddin kepada pemberita di sini.

Beliau berkata kakitangan tempat perlindungan penyu itu telah dinasihatkan untuk membuat laporan polis pada 29 Mei dan operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan dengan penyertaan daripada penduduk tempatan.

Media British The Guardian melaporkan bahawa ibu Huntley, Janet Southwell berkata bahawa dia masih belum dihubungi pihak berkuasa Malaysia dan tidak mengambil tindakan yang cukup untuk mencari anaknya yang hilang.

Sharifuddin berkata beliau telah mengarahkan Ketua Polis Daerah Rompin Timbalan Supritendan Johari Jahaya untuk memaklumkan Suruhanjaya Tinggi Britain sebaik sahaja menerima laporan mengenai seorang lelaki yang hilang.

"Itu adalah prosedur operasi standard (SOP) kami dalam kes-kes warga asing hilang. Kami tidak mempunyai apa-apa dokumen Huntley walaupun kami mahu memberitahu keluarganya.
Suruhanjaya Tinggi Britain telah diberitahu dan ia perlu mengambil inisiatif itu," katanya.

Sehingga semalam, Sharifuddin berkata 10 anggota Pasukan Gerakan Am dengan dua anggota dan anjing dari unit Canine telah digerakkan bersama 20 anggota polis dan 11 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat.

"Tiga anggota Jabatan Pertahanan Awam dan dua ahli Rela serta kakitangan Jabatan Perhutanan juga merupakan sebahagian daripada pasukan carian. Terdapat juga dua bot polis digunakan untuk mencari di kawasan perairan sekitar pulau itu jika Huntley berkemungkinan dibawa arus ke pantai," katanya.

"Tuduhan bahawa pihak polis tidak serius dan tidak prihatin adalah tidak benar. Kami masih dalam proses mencari Huntley dan kami juga akan mendapat bantuan penyedia perkhidmatan rangkaian telefon bimbit untuk mengesan lokasi terakhir diketahui."
Tags / Kata Kunci: Gareth David Huntley , Tioman

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan