Polis Cari Petunjuk Insiden Culik Sabah

Diterbitkan: Ahad, 1 Jun 2014 9:15 PM

Datuk Seri Mohd Bakri Zinin

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis sedang menjalankan siasatan rapi terhadap beberapa petunjuk dalam siasatan kes penculikan melibatkan wanita warga China dan warga Filipina di Sabah, April lepas.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata ia termasuk petunjuk yang boleh membawa kepada dalang sebenar penculikan dan seterusnya dapat membantu polis menyelesaikan kes berkenaan.

"Kita harap ada petunjuk yang dapat membawa kita mengenal pasti kumpulan penculik berkenaan, siasatan sentiasa dijalankan termasuk bertukar maklumat dengan pihak keselamatan Filipina," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penutupan Kejohanan Boling Piala Ketua Polis Negara di Sunway Piramid, di sini, Ahad.

Jumaat lepas, dua wanita yang diculik di Singamata Adventures and Reef Resort, Semporna pada 2 April lepas telah dibebaskan hasil kerjasama pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina.

Warga China yang dikenali sebagai Gao Hua Yun, 29 dan pekerja resort dari Filipina, Marcy Dayawan, 40 telah dibebaskan dalam keadaan sihat dan selamat.

Ketika ditanya sama ada pembebasan dua wanita berkenaan melibatkan pembayaran wang tebusan,Mohd Bakri berkata tiada sebarang wang tebusan yang dibayar kepada kumpulan penculik itu.

"Saya enggan ulas lanjut dimana sesi rundingan diadakan dan bila ia dijalankan kerana ia akan menjejaskan siasatan," katanya.

Mohd Bakri turut menolak kemungkinan sama ada kumpulan itu merupakan kumpulan yang sama menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik, Lahad Datu pada 6 Mei lepas dengan kes penculikan di Pulau Singgah Mata.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa Filipina yang memberi kerjasama dan sentiasa bertukar maklumat risikan bagi memastikan dua wanita itu dibebaskan dalam keadaan yang selamat.

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan