Lelaki Parah Kena 3 Das Tembakan

Diterbitkan: Sabtu, 31 Mei 2014 11:54 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Seorang lelaki parah selepas terkena tiga das tembakan di bahagian badannya di depan sebuah klinik swasta di Jalan Zabidin berhampiran Stesen Bas Mentakab di sini malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Anuwar Osman berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian yang berlaku itu kira-kira pukul 8.15 malam.

Beliau berkata, menurut saksi yang ditemui polis semasa siasatan awal, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 37 tahun itu berada di depan klinik itu dikatakan sedang berbual-bual dengan suspek.

"Tiba-tiba saksi terdengar bunyi tiga das tembakan sebelum ternampak mangsa rebah dan suspek melarikan diri dipercayai dengan menaiki sebuah kereta," katanya kepada Bernama pada Sabtu.

Beliau berkata, dengan bantuan orang awam, mangsa yang parah selepas ditembak di bahagian rusuk kirinya itu dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk rawatan lanjut.

Kata Anuwar, mangsa kini masih menerima rawatan di wad kecemasan hospital berkenaan namun dilaporkan dalam keadaan stabil.

"Polis kini sedang giat menjejaki suspek terbabit dan motif kejadian itu masih dalam siasatan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan