Guru Terselamat Daripada Ditipu Awang Hitam

Diterbitkan: Jumaat, 30 Mei 2014 7:44 PM

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon menunjukkan hasil rampasan duit palsu ketika sidang media mengenai Kes Penipuan Black Money di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Jumaat. Turut kelihatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Izany Abdul Ghany (tiga, kiri). -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang guru lelaki berusia 45 tahun terselamat daripada ditipu oleh  sindiket penipuan Black Money selepas tiga dalangnya ditahan polis.

Guru dan seorang rakannya terselamat daripada ditipu selepas bertindak bijak melaporkan kepada pihak polis berhubung rasa curiga dengan tawaran suspek mengenai sejumlah wang USD 7 juta (RM 23 juta) yang belum dicuci di dalam dua beg besar.

“Pengadu tersebut pelik dengan jumlah wang yang banyak itu dan dia datang ke balai polis untuk dapatkan maklumat mengenai transaksi itu.

“Sebelum itu, pengadu memberitahu suspek ada meminta wang USD 10,000 (RM32,160) bagi kos membeli baham kimia untuk menuci wang USD 7 juta itu.

“Malah rakan pengadu itu juga memberitahu bahawa dia telah ditunjukkan dengan wang USD 7 juta itu tersebut dan suspek juga ada memberitahu rakan guru itu masih ada lagi sembilan beg wang USD yang belum dicuci.

“Jumlah keseluruhan wang tersebut termasuk yang ditunjukan kepada guru itu ialah USD 35 juta (RM113 juta),” jelas Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, Jumaat.

Hong Soon berkata, susulan daripada aduan itu, pihak polis telah bertindak membuat tangkapan ke atas dua orang warganegara Cameroon termasuk seorang wanita.

“Tangkapan itu dibuat di Damansara Height dan keesokannya (20 Mei) seorang lagi warga tempatan ditahan. Kesemua berusia antara 42 hingga 48 tahun,” tambahanya.

Polis turut merampas logam berwarna keemasan dengan tulisan 99.99 dalam bentuk bar emas, ketulan logam kecil bewarna keemasan, dan kotak bewarna perak mengandungi 18 ikat wang USD100 yang dipercayai palsu.

“Berikutan penangkapan ini, pihak polis berjaya menyelesaikan dua kes tahun ini (sehingga April)  dengan jumlah kerugian RM401,750.

“Manakala dalam tempoh tiga tahun (2012-14) sebanyak sembilan kes keseluruhan diselesaikan dengan jumlah kerugian RM2.5 juta,” jelas Hong Soon.

Dalam pada itu, Hong Soon menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sindiket seperti ini.

“Jangan mudah terpedaya dengan perkara-perkara yang tidak masuk akal. Bayar sikit dapat wang banyak. 

“Kalau tidak pasti, datang ke balai. Kita sentiasa membantu. Guru tersebut terselamat daripada sebarang kerugian hasil daripada perasaan curiganya itu,” tambahnya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan