Polis Tumpas Geng Asroy, Sembilan Kes Pecah Rumah Di Putrajaya Selesai

Diterbitkan: Jumaat, 30 Mei 2014 4:42 PM

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid (tiga, kiri) menunjukkan barangan yang berjaya dirampas dalam serbuan pada sidang media, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Polis menumpaskan 'Geng Asroy' yang dianggotai empat remaja termasuk dua yang masih bersekolah dipercayai terlibat dalam sembilan kes pecah rumah sejak Mac tahun lepas dengan menyasarkan pangsapuri sekitar Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata remaja terbabit yang berusia antara 15 dan 21 tahun itu ditahan di Putrajaya dan Kampar, Perak pada 20 dan 21 Mei lepas.

"Nilai kerugian dianggarkan RM55,000. Tetapi dalam serbuan itu setakat ini kita hanya menemui laptop, (gajet) tab, jam tangan, surat pajak gadai dan dompet," katanya dalam sidang akhbar di sini Jumaat.

Abdul Razak berkata modus operandi Geng Asroy ialah memecah masuk pangsapuri melalui balkoni dapur antara 9 pagi hingga 4 petang dan pernah memecah masuk pangsapuri di tingkat 13.
 "Sasaran mereka adalah rumah yang tidak berkunci.

Kita mahu penduduk peka dengan perkara ini kerana penghuni yang memberi peluang kepada penjenayah untuk memecah masuk," katanya.

Abdul Razak berkata tindakan sesetengah penghuni yang masih mengamalkan menyimpan kunci rumah di dalam kasut atau pasu bunga, akhirnya mengundang padah.

Katanya, semua suspek kini direman mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan.

Dalam kes berasingan, seorang bekas pengawal keselamatan di kompleks kerajaan di Putrajaya ditahan di rumahnya di Senawang pada 19 Mei lepas, kerana terbabit dalam 19 kes pecah pejabat, melibatkan 14 kementerian di Putrajaya.

Katanya lelaki itu yang memecah masuk selepas habis waktu pejabat akan menggunakan tangga kecemasan untuk kegiatannya dan keluar melalui laluan yang sama.

"Lelaki berusia 28 tahun dan mempunyai empat anak ini menyasarkan barang-barang berharga dan wang tunai untuk dicuri. Nilai kerugian dianggarkan RM64,000," katanya.
Tags / Kata Kunci: Geng Asroy , Abdul Razak Abdul Majid

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan