Anggota Kumpulan Ah Teng Ditahan Di Kuching

Diterbitkan: Jumaat, 30 Mei 2014 7:35 PM

Timbalan Ketua Polis Daerah (Operasi) Kuching Superintendan Fauzilan Abdul Aziz (tengah) menunjukkan beberapa komputer riba yang dirampas setelah polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita anggota kumpulan 'Ah Teng', yang dipercayai terlibat dalam beberapa kejadian pecah rumah dan curi kenderaan di sekitar bandaraya sejak setahun lepas, pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Kuching, Jumaat. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita anggota kumpulan Ah Teng yang dipercayai terbabit dalam beberapa kejadian pecah rumah dan curi kenderaan di sekitar bandar raya ini sejak setahun lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah (Operasi) Kuching, Supt Fauzilan Abdul Aziz berkata dalam penahanan awal pagi Jumaat, pihak polis turut merampas dua kereta Proton Perdana dan sebuah Proton Waja serta pelbagai barang elektronik seperti komputer dan telefon bimbit serta peralatan pecah rumah.

Beliau berkata dalam serbuan pertama di sebuah hotel di Padungan kira-kira 12 tengah malam, polis menahan dua lelaki serta seorang wanita dan merampas sebuah kereta Proton Perdana serta sebuah Proton Wira yang merupakan kenderaan curi.

Bercakap kepada pemberita di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) di sini, katanya susulan soal siasat dan hasil maklumat risikan, kira-kira tiga jam kemudian satu pasukan petugas khas polis menyerbu sebuah rumah di Stampin dan menahan seorang lagi lelaki, di samping merampas sebuah lagi kereta Proton Perdana.

Katanya semua yang ditahan reman empat hari yang berumur antara 15 dan 31 tahun itu didapati positif dadah jenis syabu, dan polis sedang berusaha memburu tiga lagi anggota kumpulan tersebut yang masih bebas.

Fauzilan berkata sebuah daripada kereta Proton Perdana berkenaan sebelum ini dilaporkan hilang di Padungan pada 24 Mei lalu, manakala sebuah lagi Proton Perdana dilaporkan hilang di Stampin dua hari lepas.

Beliau berkata biasanya kumpulan itu bergerak dalam kumpulan tiga atau empat orang dengan mencari sasaran rumah untuk dipecah masuk, dan mereka dipercayai bergerak aktif sekitar kawasan Sekama, Sungai Maong dan Padungan sejak setahun lepas.

"Kes masih dalam siasatan lanjut, namun hasil tangkapan ini polis percaya banyak kes curi kenderaan dan pecah rumah dapat diselesaikan. Mana-mana orang yang pernah menjadi mangsa kes pecah rumah diminta tampil di IPD untuk membuat pengecaman barang kes," katanya.

Sementara itu menjelang sambutan Hari Gawai hujung minggu ini, Fauzilan menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan meningkatkan usaha dalam menjaga keselamatan harta benda, terutama semasa meninggalkan rumah untuk pulang menyambut perayaan di kampung halaman masing-masing.

Katanya polis sentiasa meningkatkan pengawasan pada mana-mana sambutan, namun orang ramai juga perlu mengambil inisatif meningkatkan langkah-langkah keselamatan terutama semasa meninggalkan rumah.
Tags / Kata Kunci: Ah Teng

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan