Warga Britain Dilapor Hilang Di Pulau Tioman

Diterbitkan: Khamis, 29 Mei 2014 9:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang warga Britain dilapor hilang di Air Terjun Lubuk Teja, Pulau Tioman pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Johari Jahaya berkata lelaki itu dikenali sebagai Gareth David Huntley, 34, yang dipercayai bekerja dan tinggal di Projek Penyu Juara di Kampung Juara di pulau itu.

Beliau berkata difahamkan lelaki berkenaan pergi ke kawasan air terjun tersebut seorang diri kira-kira pukul 12 tengah hari.

"Dia kemudiannya didapati tidak pulang sebelum rakannya dan beberapa penduduk keluar mencarinya di kawasan hutan berdekatan air terjun itu," katanya kepada Bernama.

Satu laporan polis tentang kehilangnnya telah dibuat di Balai Polis Tioman pada pukul 2.13 petang tadi.

Johari berkata pihaknya telah mendapatkan bantuan Pasukan Gerakan Am bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat selain bantuan teknikal dari Unit D8 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang serta Unit K9.

"Pihak polis juga cuba mengesan lelaki itu melalui telefon bimbitnya namun gagal kerana difahamkan tiada mempunyai liputan di kawasan berkenaan," katanya.
Tags / Kata Kunci: DSP Johari Jahaya , Pulau Tioman , Britain

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan