Video Lucah Tarikan Terbaharu Pusat Urut

Diterbitkan: Khamis, 29 Mei 2014 2:25 PM

Pelanggan ditayangkan video lucah terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti seks.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebuah pusat urutan di Sunway Mentari diserbu buat kali kedua dalam tempoh 15 hari oleh pihak berkuasa Bahagian D7 (Kongsi Gelap/Perjudian/Maksiat) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor selepas dikesan menyediakan khidmat seks.

Dua minggu lalu, pusat pelacuran yang berselindung disebalik papan tanda perkhidmatan urut tradisional itu telah diserbu dan enam warga Vietnam ditahan.

Bagaimanapun, pemiliknya seolah-olah tidak serik malah meneruskan aktiviti seperti biasa dengan menarik pelanggan menerusi tayangan video lucah sebelum pelacur menjalankan khidmat mereka.

Ketika serbuan dilakukan, seorang pelanggan sedang leka menonton adegan di paparan skrin besar seperti berada di panggung wayang, manakala beberapa lelaki lain n sedang melakukan aktiviti seks.

Hasil serbuan, polis telah menahan tiga wanita warga China dan seorang Vietnam, salah seorang daripada mereka mempunyai pasport. Turut ditemui kondom yang disediakan untuk pelanggan.

Pelanggan yang ditahan turut dibawa ke balai bagi membantu siasatan.

Harga pakej urutan RM90, manakala harga untuk aktiviti seks mengikut persetujuan pelacur.

Tags / Kata Kunci: Pusat Urut , seks , video lucah

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan