Suspek Kes Curi Ugut Terjun Bangunan Elak Ditangkap

Diterbitkan: Khamis, 29 Mei 2014 5:38 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Suspek kes curi melakukan helah untuk terjun dari bangunan bagi mengelakkan diri daripada ditangkap, mencetuskan ketegangan kira-kira 15 minit, sebelum dia akhirnya berjalan ke arah polis.

Pekerja kafe siber berusia 29 tahun dari Lahad Datu itu melarikan diri ke tingkat atas sebuah pangsapuri empat tingkat apabila polis berjaya memerangkapnya di sebuah apartmen yang dipecah masuk.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun berkata suspek berlari ke tingkat atas dan mengancam untuk melompat dari bangunan tersebut apabila polis tidak berundur.

"Polis mengabaikan ugutannya dan hanya berdiri melihatnya tetapi selepas itu dia berjalan ke bawah dan menyerahkan diri kepada anggota polis," kata beliau pada Khamis.

Jauteh menjelaskan, mereka pergi ke tempat kejadian setelah menerima panggilan daripada seorang penduduk di Apartment Universiti, kira-kira kira lapan kilometer dari bandar, melaporkan tentang unit yang telah dipecah masuk.

Selepas penangkapan itu, suspek mengaku melakukan satu siri pecah rumah dari kawasan perumahan itu, dan juga bandar-bandar berhampiran.

"Polis kemudian berjaya mendapatkan semula pelbagai barangan yang dipercayai dicuri termasuklah motosikal dan kunci kereta dari rumah suspek," kata beliau sambil menambah peralatan untuk kegiatan pecah rumah turut dirampas.

Suspek juga didapati positif dadah, kata Jauteh .
Tags / Kata Kunci: ugut , Jauteh Dikun

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan