Pengusaha Taska Rugi RM300,000 Ditipu Sindiket

Diterbitkan: Khamis, 29 Mei 2014 6:11 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Pihak polis sedang mengesan lapan pemilik akaun bank komersial tempatan yang dipercayai digunakan sebuah syarikat dalam penipuan menyebabkan kerugian kira-kira RM300,000 kepada seorang pengusaha Taska. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Melaka Supt Ee Khong Koy berkata semua akaun terbabit yang disyaki milik warga tempatan digunakan syarikat yang dipercayai beroperasi di Hong Kong sebagai medium transaksi pemindahan wang dalam tempoh 10 hari bermula 8 April lepas.

Beliau berkata pada mulanya wanita berusia 36 tahun yang berasal dari Semabok dimaklumkan sebagai pemenang cabutan bertuah tempat ketiga kerana pernah membeli seutas jam tangan melalui Internet bernilai RM8,800 dari syarikat terbabit pada September tahun lepas.

"Mangsa dimaklumkan perkara tersebut melalui panggilan telefon pada 8 April lepas oleh pekerja syarikat tersebut dan ditawarkan lima tiket penerbangan ke kutub selatan dan Argentina," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibupejabat Polis Kontinjen Melaka di sini Khamis.

Beliau berkata mangsa yang menolak pemberian tiket tersebut bagaimanapun ditawarkan wang tunai RM150,000 sebagai ganti. 

Ee berkata mangsa kemudian diarahkan untuk melakukan beberapa transaksi ke akaun berlainan didakwa sebagai proses bayaran guaman syarikat untuk tawaran tersebut selain ditawarkan melabur dalam sebuah syarikat saham di Eropah sehingga boleh memperoleh keuntungan lebih RM3 juta dalam tempoh dua hari.

Sementara itu dalam kes berlainan, polis sedang mengesan seorang bekas penyambut tetamu sebuah hotel di Bandar Hilir bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan penggunaan kad kredit seorang pelancong wanita warga Indonesia melibatkan kerugian RM8,600.

Ee berkata suspek Siti Norakmal Abdullah , 23, dari Pontian, Johor ketika kejadian bertugas di bahagian kaunter pendaftaran disyaki mengambil kad kredit milik suri rumah berusia 55 tahun tersebut yang tertinggal selepas membuat pembayaran deposit untuk menginap di hotel terbabit pada 21 April lepas.

"Suspek menghilangkan diri serta tidak hadir bekerja dan kad kredit mangsa didapati telah digunakan untuk membeli pelbagai pakaian berjenama melibatkan sembilan transaksi pembayaran pada 22 dan 23 April," katanya.

Beliau berkata penipuan kad kredit itu diketahui mangsa setelah wanita terbabit melaporkan kehilangan kad kreditnya pada sebuah bank di Jakarta melalui panggilan telefon pada 23 April.

Kepada orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek diminta menghubungi Pegawai Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, ASP Hasbullah Abd Rahman di talian 019-2229996.
Tags / Kata Kunci: sindiket , pengusaha taska

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan