Polis Buru Askar Tembak Rakan Di Lahad Datu - Berita Jenayah | mStar

Polis Buru Askar Tembak Rakan Di Lahad Datu

Diterbitkan: Rabu, 28 Mei 2014 10:21 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Polis melancarkan operasi memburu seorang askar yang dipercayai terlibat dalam insiden tembakan di sebuah kedai di sini, awal pagi Rabu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, mereka telah mengenal pasti suspek dan sedang mempergiatkan usaha memburu askar tersebut yang dipercayai menembak rakannya itu kira-kira pukul 4.45 pagi.

"Kami telah mengenal pasti suspek dan akan terus menahannya sebaik saja dia ditemui," kata Hamza ketika dihubungi.

Hamza berkata, dua orang awam yang cedera dalam insiden itu dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.

Tags / Kata Kunci: tembak , Lahad Datu , askar
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan