Sembilan Orang Pendatang Tanpa Izin Ditahan

Diterbitkan: Rabu, 28 Mei 2014 2:36 PM

Anggota polis mengambil maklumat daripada PTI yang ditahan. FOTO: PDRM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sembilan pendatang tanpa izin (PTI) berjaya ditahan sepasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu dalam dua operasi berasingan yang diadakan di kawasan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Jelutong, lewat petang Selasa.

Menurut kenyataan di laman Facebook Polis Diraja Malaysa (PDRM), operasi  diadakan di persisiran pantai dan jejantas pejalan kaki dan motosikal di lebuhraya tersebut.

Komander operasi Asisten Komisioner (ACP) Mohd Yusof Abdullah berkata,mendapati kesemua PTI iaiatu seorang warga Vietnam, empat warga Myanmar dan empat warga Bangladesh tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Kesemua mereka kemudiannya dibawa ke Markas PPM Wilayah Satu untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Tags / Kata Kunci: Pendatang Tanpa Izin

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan