Tandas Di Stesen Minyak Meletup

Diterbitkan: Isnin, 26 Mei 2014 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu letupan kuat menggegarkan tandas lelaki sebuah stesen minyak di Jalan Jambu Jerteh, Batu 6, Jalan Kepong, Sentul di sini pada Ahad, dipercayai akibat bahan mercun yang diletakkan oleh seorang lelaki.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata kejadian berlaku 3.55 petang, sejurus selepas seorang lelaki yang memakai topi keledar bertutup penuh keluar dari tandas itu.

"Pihak kami menerima panggilan kira-kira pukul 4.40 petang tadi. Setibanya di sana kami melihat tiga cermin di dalam tandas pecah termasuk pam tandas dan siling," katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, suspek itu memakai jaket hitam dan membawa beg sandang memasuki tandas berkenaan.

Letupan berlaku kira-kira seminit selepas suspek keluar, katanya.

Beliau berkata siasatan awal polis menemukan serpihan tin minuman yang dibalut dengan pita pelekat.

Pihak forensik sedang membina semula bahan letupan itu, namun berdasarkan siasatan awal polis percaya tin itu diisi dengan bahan mercun yang banyak, katanya.

"Setakat ini polis masih belum mengenal pasti motif sebenar kejadian itu," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 atau 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
Tags / Kata Kunci: Tandas Meletup

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan