Polis Temui Semula 42 Tan Baja Subsidi Yang Dicuri

Diterbitkan: Isnin, 26 Mei 2014 7:44 AM

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim (tengah) memeriksa lori treler dan baja bersubsidi yang dicuri Jumaat lepas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda pada Ahad. Turut kelihatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya (kanan).

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Polis Kedah merampas 42 tan baja bersubsidi bernilai RM80,000 di sebuah stor kilang padi di Sungai Limau, Yan awal pagi tadi, setelah dicuri bersama sebuah treler dua hari lepas.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata dalam kejadian itu pihaknya menahan tiga suspek lelaki berusia 31 hingga 38 tahun dalam tiga serbuan berasingan kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri baja berkenaan dari sebuah treler Jumaat lepas.

Beliau berkata treler dengan muatan baja bersubsidi itu diletakkan berhampiran kilang baja Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) di Gurun pada hari kejadian dipercayai untuk dihantar ke Jerlun dan pemandu treler itu mendakwa hanya menyedari kehilangan treler itu keesokan hari.

"Pemandu berusia 31 tahun itu membuat laporan polis tetapi laporan yang dibuat mencurigakan. Kita tahan pemandu treler tersebut dan juga pengawal keselamatan kilang Nafas untuk siasatan.

"Hasil siasatan terhadap kedua-dua suspek kita menemui treler yang hilang di tepi jalan di Sungai Limau, Yan itu kosong kira-kira pukul 8 malam semalam," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Kuala Muda di sini, Ahad.

Ahmad berkata pihaknya turut menahan seorang lelaki iaitu pihak ketiga yang membeli baja tersebut kira-kira pukul 1 pagi tadi dan menemui kesemua baja yang dicuri itu di sebuah stor kilang padi di Sungai Limau, kira-kira lima kilometer dari tempat treler ditemui.

"Ini adalah kes pertama di negeri ini melibatkan kecurian kargo dan kita berjaya selesaikan kes ini dalam tempoh 48 jam serta berjaya dapatkan kembali kesemua baja dan kenderaan yang dicuri dengan jumlah lebih RM200,000," katanya.

Beliau berkata ketiga-tiga suspek direman bermula hari ini hingga Sabtu bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
Tags / Kata Kunci: Baja Subsidi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan