Polis Buntu Kehilangan Min You

Diterbitkan: Isnin, 26 Mei 2014 8:05 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Pencarian terhadap kanak-kanak hilang, Low Min You semakin sukar.Ketua Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengakui beliau buntu di mana kanak-kanak hilang sejak 9 Mei lalu.

Hamza juga tidak pasati sama ada Min You masih hidup atau mati, namun beliau percaya kanak-kanak ini masih hidup.

"Jika Min You sudah mati, mana perginya mayat dia? Dan jika dia masih hidup, di mana dia berada?," jawabnya ketika sidang media pada Isnin.

Hamza berkata, terdapat beberapa persoalan yang cuba dijawab pihaknya walaupun tanpa petunjuk yang baharu.

Min You dilaporkan hilang pada 9 Mei selepas bapanya meninggalkannya di dalam kereta dan pergi ke tandas di sebuah stesen minyak di Kampung Air di sini kira-kira pukul 5.50 pagi.

Bapa Min Tou Yee Sheng,31, berkata, dia tidak mematikan enjin keretanya ketika pergi ke tandas.

Kenderaan itu ditemui beberapa jam kemudian di Signal Hill, kira-kira 2.5 km dari tempat ia ditinggalkan, tetapi Min You tidak ada di situ.

Bagaimanapun selepas itu, Yee Sheng dilaporkan sebagai orang dikehendaki oleh polis di semenanjung berkenaan terbabit dengan kes tipu setahun lalu di Klang.

Tags / Kata Kunci: Hilang , Kanak-Kanak , Low Min You

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan