Warga Myanmar Ditemui Mati Di Bandar Hilir

Diterbitkan: Jumaat, 23 Mei 2014 9:42 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang pelayan lelaki warga Myanmar ditemui mati dipercayai ditikam rakan senegaranya di sebuah rumah di Kampung Banda Hilir di pada Jumaat.

Mangsa, Nay Myo Win, 25, ditemui tiga rakannya dalam keadaan bersandar ditepi sofa dengan kesan tikaman, dipercayai pisau, di bahagian dada pada kira-kira 5.55 pagi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Melaka Superintenden P.R Gunarajan berkata sebelum itu, mangsa yang bekerja di sebuah pusat hiburan kira-kira 200 meter dari rumah berkenaan dilapor bergaduh dengan seorang lagi rakan senegaranya berusia 30 tahun di luar premis pada 5.20 pagi.

Beliau berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, mangsa didapati dipukul rakannya yang juga pelayan di pusat hiburan sama dengan sebiji botol dibahagian belakang kepala sebelum terjatuh.

"Kemudian berlaku pergelutan antara mereka sebelum dileraikan beberapa rakansekerja lain yang berada di tempat kejadian," katanya kepada pemberita.

Gunarajan berkata Nay, yang dipercayai mengalami kecederaan di kepala,kemudian pulang ke rumah selepas tamat waktu bekerja kira-kira 20 minit selepas kejadian namun sekali lagi pergaduhan berlaku antara mangsa dan suspek. 

Beliau berkata polis kini mengesan suspek serta tiga lagi rakan serumah mangsa yang melarikan diri selepas melaporkan kejadian itu kepada pengurus pusat hiburan berkenaan. 

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian menghubungi Ibu Pejabat Polis Melaka Tengah di talian 06-2842222. 

Tags / Kata Kunci: Warga Myanmar , Bunuh , Bandar Hilir

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan