Wanita Malaysia Seludup Syabu Pada Seluar Dalam Ditahan Di Surabaya

Diterbitkan: Khamis, 22 Mei 2014 9:17 AM

-Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Cubaan seorang wanita rakyat Malaysia untuk menyeludup syabu dengan menyembunyikan dadah itu pada seluar dalamnya, gagal apabila ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya pada 12 Mei lepas.

Wanita berusia 29 tahun itu, yang menaiki pesawat Cathay Pacific dari Hong Kong ke Surabaya, ditahan pegawai Kastam dan Eksais sejurus tiba di lapangan terbang berkenaan pada 10.45 malam.

Jurucakap Kastam dan Eksais Juanda, Iwan Heriawan berkata dadah seberat 720 gram itu ditemui dalam dua bungkus plastik yang dijahit menyerupai tuala wanita dan dilekatkan pada seluar dalam suspek.

"Pengawasan ketat terhadap wanita itu dilakukan selepas kami mengesyaki sesuatu lalu pegawai keselamatan melakukan pemeriksaan terhadap semua barang yang dibawanya termasuk seluar dalam yang dipakainya," kata Iwan pada Rabu.

Beliau berkata dalam siasatan itu, suspek memberitahu dia diminta membawa dadah itu untuk diserahkan kepada seseorang di Jakarta.

"Dengan kerjasama Bahagian Narkotik Polis Daerah Jawa Timur, kenyataan suspek benar apabila polis berjaya menangkap seorang suspek lain iaitu warga Nigeria yang berada di Jakarta," katanya.

Jurucakap Polis Daerah Jawa Timur, Andi Ludianto berkata pihaknya akan terus menjalankan siasatan berhubung kes itu.

"Ini modus operandi rangkaian pengedaran. Individu yang memesan barang (dadah) ada di Jakarta tetapi barang diturunkan di Surabaya. Kami masih menjalankan siasatan kes ini," kata Andi.
Tags / Kata Kunci: syabu , seluar dalam , Surabaya

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan