Lebih 130,000 Cakera Audio Dan Video Lucah Dilupuskan

Diterbitkan: Khamis, 22 Mei 2014 10:29 PM

ACP Yahya menggunakan jentolak melupuskan cd,vcd dan dvd di IPD Subang Jaya, Khamis.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis melupuskan 133,866 barang kes dalam bentuk cakera padat (CD), cakera padat video (VCD) serta cakera video digital (DVD) lucah bernilai RM401,598 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Khamis. 

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asistan Komisioner Polis (ACP) Yahaya Ramli berkata seramai 40 individu ditangkap dan dituduh di mahkamah atas kesalahan membabitkan rampasan ini dalam tempoh lapan tahun sejak tahun 2004 di sekitar Subang Jaya.

"Sebanyak 71 kertas siasatan telah dibuka dalam masa tersebut melibatkan empat seksyen iaitu Seksyen 292 Kanun Keseksaan, Seksyen 18(4) Akta Penapisan Filem 2002, Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 serta Seksyen 41 (1)(d) Akta Hakcipta 1987," katanya di sidang media sejurus selesai menyempurnakan acara pelupusan itu.

Menurutnya kejayaan itu adalah hasil gerakan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial IPD Subang Jaya menerusi "Ops Vulture" sebagai langkah membanteras penjualan CD,VCD,DVD,cetak rompak dan lucah sekitar Subang Jaya sejak lapan tahun lepas.

Sementara itu, pada pukul 1 pagi 15 Mei lepas, polis berjaya menangkap enam lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Myanmar berumur antara 19 tahun hingga 27 tahun di sebuah bilik hotel di Puchong, Selangor berhubung satu kes samun dan ragut di Jalan Tasik Prima, Taman Tasik Prima Puchong sehari sebelum itu.

Hasil serbuan di bilik itu, polis antara lain merampas dua pisau, empat jam tangan, 23 telefon bimbit pelbagai jenama, pelbagai matawang asing dan kad kredit, sebuah beg galas serta sebuah beg silang. Kata Yahaya, kesemua suspek ditahan reman sehingga 27 Mei ini dan hasil siasatan mendapati empat daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau seperti kes curi dan rompak manakala tiga yang lain tidak mempunyai rekod jenayah.

"Dengan tertangkapnya kesemua suspek, polis juga berjaya menyelesaikan dua kes samun dan satu kes pecah rumah yang berlaku di Bukit Puchong dan Puchong tahun ini," katanya. 

Tags / Kata Kunci: Vcd , DVD , Polis Subang Jaya

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan