Kastam Rampas Rokok Seludup RM7.07 juta Sehingga Mei Ini

Diterbitkan: Khamis, 22 Mei 2014 6:52 PM

Khazali ketika mengumumkan jumlah rampasan Kastam menerusi Operasi Outlet 2014, Khamis.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia merampas 131 juta batang rokok seludup bernilai kira-kira RM7.07 juta dalam Operasi Outlet 2014 bagi tempoh Januari hingga 15 Mei lalu.

Ketua Pengarah JKDM Datuk Seri Khazali Ahmad dalam sidang media mengenai operasi itu di sini Khamis berkata, nilai cukai rokok seludup itu berjumlah RM66.57 juta.

"Daripada 2,618 kedai yang diperiksa dalam operasi berkenaan, sebanyak 999 didapati menjual rokok seludup manakala bilangan peruncit yang ditahan dan direman ialah sebanyak 686 orang.

"Peruncit yang didapati bersalah sehingga kini melibatkan 227 kes, peruncit dikenakan denda 159 kes, manakala kes peruncit dijatuhi hukuman penjara pula ialah 68," katanya.

Beliau berkata, Operasi Outlet itu akan dijalankan secara berterusan melalui kekuatan 400 anggota pasukan atau 'Unit Strike Team'.

"Misi untuk membanteras penjualan rokok seludup sekurang-kurangnya dapat mengurangkan aktiviti itu kerana membanteras sepenuhnya adalah sesuatu yang sangat mencabar," katanya.

Katanya, beberapa strategi baharu digunakan dalam operasi itu antaranya mewujudkan skuad perisik yang akan menyamar sebagai penjual misteri dan melakukan cubaan membeli di kedai yang disyaki menjual rokok seludup.

Katanya, pembeli misteri akan menyampaikan maklumat kedai yang dikenal pasti menjual rokok seludup itu kepada Unit Strike Team JKDM untuk melakukan serbuan dan tindakan selanjutnya.

Khazali berkata, JKDM akan mengumumkan hasil Operasi Outlet 2014 yang seterusnya dalam masa enam bulan akan datang untuk memastikan usaha membendung penjualan rokok seludup itu berjaya dilaksanakan.

Sehubungan itu, orang ramai diminta memberi kerjasama dengan melaporkan sebarang kegiatan penyeludupan dan penjualan rokok seludup kepada JKDM di talian 1-800-88-8855.

Tags / Kata Kunci: Kastam , Operasi Outlet 2014 , rokok seludup

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan