Warga Emas Maut, Dua Lagi Cedera Dalam Nahas Di Tapah

Diterbitkan: Selasa, 20 Mei 2014 1:14 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang warga emas maut manakala dua yang lain cedera apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki melanggar sebuah treler membawa muatan tepung di Km 346.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah ke utara di sini awal pagi Selasa.

Wanita berkenaan Ong Geen Peen, 66, dari Batu Pahat, Johor maut di tempat kejadian sementara dua penumpang lelaki yang juga dari Batu Pahat, Lee Yong Tee, 76, cedera di kepala manakala Wong Eng May, 50, patah tangan kanan.

Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Tapah untuk mendapat rawatan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supt Som Sak Din Keliaw berkata kemalangan berlaku pada pukul 5.40 pagi apabila kenderaan MPV itu dipercayai cuba memotong treler berkenaan di hadapannya.

"MPV itu bagaimanapun tidak dapat memotong treler berkenaan berikutan sebuah kereta di laluan kanan bergerak laju, sehingga menyebabkan MPV itu melanggar bahagian belakang bucu kanan treler tersebut," katanya ketika dihubungi.

MPV itu membawa 13 penumpang dipercayai dari Johor untuk menghadiri upacara keagamaan di Ipoh, manakala treler itu datang dari Pelabuhan Klang, Selangor juga menuju Ipoh.
Tags / Kata Kunci: MPV , Tapah , kemalangan

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan