Polis Johor Wujud Saluran Khas Kongsi Idea Benteras Jenayah

Diterbitkan: Selasa, 20 Mei 2014 1:37 PM

Mohd Mokhtar Mohd Shariff

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Polis Johor mewujudkan saluran khas di laman sesawangnya bagi membolehkan setiap pegawai dan anggotanya berkongsi idea berkaitan langkah pencegahan dan memerangi jenayah secara lebih mudah dan berkesan.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, saluran khas yang beroperasi sejak dua minggu lalu itu juga turut digunakan untuk menyalurkan sebarang maklumat berhubung sebarang kes jenayah.

"Kita percaya setiap pegawai dan anggota kontinjen Johor terutama yang masihmuda mempunyai banyak idea tentang cara untuk memerangi jenayah khususnya di negeri ini.

"Oleh itu, kita telah menyediakan saluran khas di laman web Polis Johor bagi membolehkan setiap pegawai dan anggota berkongsi idea, pendapat dan maklumat
masing-masing agar usaha memerangi jenayah itu dapat dilakukan secara lebih berkesan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas perhimpunan bulanan dan penyampaian sijil penghargaan kepada 35 pegawai dan anggota di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada Selasa.

Mohd Mokhtar berkata, maklum balas yang diterima setakat ini amat memuaskan dan pihaknya telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyelaras dan mengumpul maklumat yang diterima.

Dalam pada itu, beliau meminta ketua polis daerah di negeri ini menjalankan lebih banyak operasi bagi membanteras penagih dadah yang turut menyumbang kepada peningkatan kes jenayah terutamanya membabitkan kes ragut.

"Dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini kita telah berjaya mengurangkansebanyak 747 kes jenayah dan saya berharap agar ia dapat dipertingkatkan lagi pada masa hadapan.

"Saya juga mahu semua pihak memperbaiki mutu perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat dan satu daripada caranya ialah dengan meningkatkan kadar penyelesaian kes," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan