Kastam Perak Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM408,917

Diterbitkan: Selasa, 20 Mei 2014 2:09 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kastam Diraja Malaysia Perak merampas 63,958 liter minuman keras pelbagai jenama dan 3,600 batang rokok bernilai RM408,917 membabitkan cukai sebanyak RM1.2 juta, dalam tiga serbuan berasingan di Perak,Selangor dan Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pengarahnya Datuk Mohd Nasir Said berkata dalam serbuan itu pihaknya menahan tiga individu termasuk sepasang suami isteri, namun kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan kastam di bawah Seksyen 116 Akta Kastam 1967.

Dalam kes pertama, beliau berkata bertindak atas maklumat, Kastam Cawangan Penguatkuasaan Taiping merampas sebanyak 10,546 liter minuman keras dan 3,600 batang rokok putih seludup pelbagai jenis dan jenama dianggarkan bernilai RM297,964 termasuk cukai dalam serbuan di sebuah gudang di Kuala Lumpur, pada 15 Mei lepas.

"Dalam kejadian itu anggota kastam menahan sepasang suami isteri berusia lingkungan umur 30-an untuk membantu siasatan," katanya pada sidang media pada Selasa.

Beliau berkata pada 12 Mei lepas, sebanyak 6,718 liter minuman keras pelbagai jenama bernilai RM148,789 termasuk cukai dirampas kerana disyaki menggunakan pelekat setem cukai palsu dan mengandungi alkohol yang tinggi dalam serbuan di sebuah premis perniagaan dekat Teluk Intan di sini.

Katanya ketika serbuan itu anggota kastam menahan seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan umur 40-an untuk membantu siasatan.

Dalam kes ketiga, beliau berkata serbuan dilakukan di sebuah gudang di Balakong, Selangor pada 28 April lepas dan berjaya merampas 46,694 liter pelbagai jenis minuman keras bernilai RM991,360 termasuk cukai.

"Suspek yang terlibat gagal ditangkap dan siasatan sedang giat dijalankan untuk mengesan individu yang terlibat dalam aktiviti tersebut," katanya.

Beliau berkata ketiga-tiga mereka yang ditahan boleh didenda minimum 10 kali ganda nilai barangan dan maksimum 20 kali ganda nilai barangan atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

"Aktiviti ini bukan sahaja mengancam keselamatan tetapi juga menyebabkan kebocoran hasil negara akibat daripada aktiviti  pengelakan cukai tersebut,"katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan seperti minyak diesel, rokok, minuman keras, mercun dan bunga api diminta menghubungi Pejabat Kastam Bahagian Penguatkuasaan Perak di talian 05-5272010 atau ditalian bebas tol kastam 1-800-88-8855, katanya.

Tags / Kata Kunci: Kastam Perak , Rokok , Arak

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan