Murid Lapan Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 15

Diterbitkan: Selasa, 20 Mei 2014 7:24 AM

ACP Mohan Singh Tara Singh

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang murid lelaki Tahun Dua ditemui mati akibat terjatuh dari tingkat 15 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pudu Ulu di sini, Isnin. 

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, Muhammad Danial Abdullah, 8, murid Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Selatan, Cheras dikatakan sedang bermain di tingkat itu bersama rakannya sebelum terjatuh. 

"Tingkat berkenaan sedang menjalani kerja pengubahsuaian sejak minggu lepas. Mangsa dikatakan memanjat tembok dan terjatuh," katanya sambil menambah mangsa cedera parah di kepala dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. 

Mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat. 

Sementara itu, ibu mangsa Faizah Ahmad, 46, seorang peniaga satay, berkata Muhammad Danial, anak kelapan daripada 10 beradik, suka membantu orang lain. 

"Ketika kejadian saya berada di rumah di tingkat satu. Saya mendapat maklumat daripada jiran bahawa anak saya terjatuh. 

"Saya ingatkan dia jatuh biasa, tetapi tidak sangka dia terjatuh dari tingkat 15," katanya, sayu.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan