Polis Buru Lelaki Bantu Siasatan Kes Larikan Wang Dari Mesin ATM

Diterbitkan: Selasa, 20 Mei 2014 3:39 PM

Mohd Afizul Muhammad

(Ubah saiz teks)

BESUT: Seorang lelaki dicari bagi membantu siasatan kes melarikan RM160,000 dari sebuah mesin juruwang automatik (ATM) yang dipecahkan di Kampung Raja di sini milik Bank Rakyat cawangan Jertih dua hari lalu.

Pihak polis meminta Mohd Afizul Muhammad, 32, yang beralamat terakhir di Lot533, Lorong Rogayah, Pasir Mas, Kelantan agar tampil atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Besut.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata orang ramai yang mengenali Mohd Afizul juga boleh menghubungi Ketua Siasatan Jenayah Besut, Asisten Superitenden Polis (ASP) Kamsani Hassan di talian 013-3612080 atau melalui talian pejabat 09-6956999 dan 09-6956222.

Dalam kes kira-kira pukul 5.55 pagi itu, empat lelaki yang menutup muka mereka dengan kain menarik keluar sebuah daripada empat mesin ATM di bank itu yang terletak berhampiran sebuah pasar raya ketika pengawal keselamatan bersolat subuh.

Melalui rakaman kamera litar tertutup bank berkenaan, suspek didapati menggunakan sebuah kereta untuk menarik keluar mesin ATM berkenaan dan kemudiannya mengambil wang di dalamnya.

Tags / Kata Kunci: Mohd Afizul Muhammad , PDRM , Curi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan