Rumah Guru Rosak Akibat Letupan Bom Buatan Sendiri

Diterbitkan: Selasa, 20 Mei 2014 8:54 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang guru wanita tidak menyangka bunyi kuat di hadapan rumahnya di Taman Silibin Ria di sini, yang disangkakan guruh sebenarnya adalah letupan bom buatan sendiri.

Letupan kuat pada pukul 4.20 pagi tadi mengakibatkan pintu utama rumah, siling tempat letak kereta pecah serta sebuah kereta jenis Nissan Sylphy mengalami kerosakan.

Guru berusia 32 tahun yang mengajar mata pelajaran khas itu berkata ketika kejadian, lima penghuni termasuk suami berumur 39 tahun dan seorang pembantu rumah warga Indonesia berusia 28 tahun, sedang nyenyak tidur.
 
"Saya mula curiga apabila terhidu bau asap kuat dari arah ruang tamu rumah, apabila turun ke bawah saya dapati kaca pintu utama sudah pecah. Siling tempat letak kereta turut pecah selain tanah dari pasu bunga bertebaran dan berselerakan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Dia kemudian memaklumkan perkara itu kepada suaminya yang merupakan seorang kontraktor sebelum melaporkannya kepada polis.

Beliau berkata dia tidak mengetahui motif kejadian itu kerana keluarganya tidak mempunyai musuh.
 
"Mungkin suspek bertindak demikian sebagai cara untuk memecah masuk rumah kami memandangkan kami adalah penduduk pertama yang masuk ke kawasan rumah baharu ini," kata ibu kepada dua anak masing-masing berusia setahun dan lima tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata polis masih menyiasat motif sebenar kejadian itu.
 
"Letupan itu dipercayai berpunca daripada bahan letupan yang diletakkan dalam satu pasu bunga sebelum diletupkan di depan pintu utama rumah mangsa.
 
"Siasatan di tempat kejadian mendapati bahan letupan yang digunakan adalah sejenis mercun atau bunga api yang mampu menghasilkan letupan kuat," katanya.
Tags / Kata Kunci: rumah rosak , bom buatan sendiri

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan