Warga Australia Hilang Bersama Anak Perempuan Masih Berada Di Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 19 Mei 2014 9:34 AM

Nailah Witra bersama bapanya Abdul Latif Jufri Tew

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Polis percaya kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dan bapanya yang dilaporkan hilang masih berada di negara ini , kata Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan Sulaiman Salleh.

Beliau menambah, polis telah meningkatkan bilangan anggotanya di pintu keluar Johor, termasuk Lingkaran Kedua dan tambak Johor serta Lapangan Terbang Antarabangsa Senai untuk mencari Abdul Latif Jufri Tew, 35, dan anak perempuannya, Nailah Witra.

"Kami mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kedua-dua mereka masih berada di negara ini.

"Satu-satunya cara yang boleh digunakan untuk meninggalkan negara ini bersama anaknya adalah dengan berenang ke negara jiran," katanya ketika dihubungi, Ahad.

Beliau mengulas laporan 'The Sunday Star' yang mengatakan bahawa Abdul Latif telah membawa lari Nailah Witra semasa membawanya keluar menonton filem pada pukul 6.03 petang Jumaat.

Bekas isteri Abdul Latif, Noor Syakila Abd Halim, 27, yang bekerja di Singapura, mendakwa bahawa dia dan anak perempuannya telah bersetuju untuk bertemu Abdul Latif untuk menonton filem di Johor Baru City Square.

Noor Syakila berkata dia terpaksa duduk di barisan belakang di pawagam kerana membeli tiket pada saat akhir sebelum tayangan bermula.

Semasa filem ditayangkan, Abdul Latif memberitahunya bahawa dia terpaksa menemani Nailah ke tandas.

Noor Syakila tidak mengesyaki apa-apa kerana Abdul Latif telah meninggalkan begnya di kerusi dan menganggap bahawa mereka akan kembali.

Bagaimanapun, dia mendakwa kedua-dua mereka tidak kembali ke tempat duduk.

ACP Sulaiman berkata polis juga telah memaklumkan kepada Jabatan Imigresen dan Suruhanjaya Tinggi Australia kerana Abdul Latif kini merupakan warga Australia.

Beliau berkata polis telah mengambil keterangan daripada Noor Syakila dan ahli keluarga terdekatnya.

Beliau menggesa mereka yang mempunyai maklumat mengenai di mana beradanya kedua-dua mereka untuk menghubungi hotline polis negeri di 07-2212999 atau membuat laporan di balai polis berhampiran.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan