Hanya 5 Minit, RM160,000 Lesap

Diterbitkan: Ahad, 18 Mei 2014 2:32 PM

Gambar Hiasan. Sebanyak RM160,000 lesap dalam rompakan mesin ATM di Jerteh, Ahad.

(Ubah saiz teks)

BESUT: Sekumpulan empat lelaki bertopeng mengambil masa lima minit untuk melarikan dan memecahkan sebuah mesin juruwang automatik (ATM) kepunyaan Bank Rakyat Cawangan Jerteh di sini, awal Ahad.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Asistant Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata kejadian yang berlaku antara jam 5.45 hingga 6 pagi itu menyebabkan bank terbabit kehilangan kira-kira RM160,000 dari mesin berkenaan.

Katanya, hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan keempat-empat suspek memakai topeng muka itu menggunakan kabel untuk mengikat satu daripada empat ATM bank berkenaan sebelum menariknya keluar daripada ruang ATM dengan menggunakan kereta dan memecahkan mesin itu di luar kawasan bank.

"Semasa kejadian pengawal keselamatan bank berkenaan sedang solat subuh di sebuah surau yang terletak di luar kawasan bank berkenaan," katanya.

Katanya, pengawal berkenaan yang pulang daripada menunaikan solat ternampak kerosakan pintu cermin bank dan mesin ATM ditinggalkan di luar kawasan bank sebelum menghubungi pihak pengurusan bank yang kemudiannya menghubungi polis.

Wan Abdul Aziz berkata pihaknya percaya rompakan itu dilakukan golongan pakar yang pernah melakukan perbuatan seumpama itu sebelum ini.

Katanya, ini merupakan kejadian pertama melarikan mesin ATM di Besut dan sehubungan itu satu unit khas ditubuhkan oleh IPK Terengganu untuk membanteras kegiatan merompak dan melarikan mesin ATM.

Sehubungan itu, beliau meminta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi Ibu pejabat Polis Besut 09-6956222 atau Balai Polis Jerteh 09-6971222.


Tags / Kata Kunci: topeng , ATM , lesap , CCTV , Jerteh , Bank Rakyat

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan