Ops Gasak 10 Di Lahad Datu, 35 Warga Filipina Ditahan

Diterbitkan: Sabtu, 17 Mei 2014 12:25 PM

Petugas keselamatan Esscom ketika menjalankan tugas di salah satu kawasan di Lahad Datu.

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Dalam Ops Gasak 10 yang dilancarkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) semalam, sebanyak 35 pekerja warga Filipina termasuk 16 wanita ditahan kerana tidak memiliki dokumen sah.

Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam ESSCom, Datuk Abdul Rashid Harun berkata mereka ditahan di lima pusat menternak ikan dalam sangkar di sekitar perairan Lahad Datu.

"Hasil pemeriksaan ke atas 70 pekerja asing yang kita lakukan selama dua jam bermula 3 petang, kita dapati 35 orang tidak mempunyai sebarang dokumen. Mereka kemudiannya ditahan dan akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata Ops Gasak 10 dilancarkan susulan insiden penculikan yang membabitkan seorang pengurus ternakan ikan dalam sangkar warga Cina di Pulau Baik dekat sini pada 6 Mei lepas.

Ia membabitkan pelbagai agensi keselamatan dan pertahanan termasuk Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Abdul Rashid berkata pihak ESSCom memandang serius kehadiran pendatang asing tanpa izin (Pati) atau pekerja asing yang tidak memiliki sebarang dokumen terutama yang menjadi tali barut kepada penjenayah rentas sempadan.

"Gerakan mengesan dan memburu Pati ini membuktikan bahawa kerajaan melalui ESSCom serius dalam membendung jenayah rentas sempadan serta menjamin keselamatan rakyat Sabah, khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone)," katanya.

ESSZone merangkumi 10 daerah yang meliputi kawasan 1,733.7 kilometer iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
Tags / Kata Kunci: OPs Gasak , Esscom , Esszone , Lahad Datu

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan