Tiga Rumah Hangus Kerana Api Lilin - Berita Jenayah | mStar

Tiga Rumah Hangus Kerana Api Lilin

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mei 2014 4:08 PM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Tiga buah rumah musnah dalam kebakaran yang dipercayai berpunca daripada api lilin di Kampung Gas dekat sini pagi Jumaat.

Kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu menyebabkan 30 penghuninya tinggal sehelai sepinggang.

Faizul Norazman, 20, berkata kebakaran bermula dari rumahnya sebelum merebak ke dua buah rumah lagi yang terletak bersebelahan antara satu sama lain.

Beliau berkata beliau memasang lilin di bilik tidurnya ekoran bekalan elektrik terputus dan hanya menyedari berlaku kebakaran apabila terdengar jeritan adiknya dan mendapati api sudah merebak.

"Saya bersama tiga adik dan tiga adik sepupu saya terus keluar dari rumah menyelamatkan diri tanpa sempat menyelamatkan apa-apa barang termasuk dokumen pengenalan diri saya," katanya.

Pihak bomba dan penyelamat menghantar tiga jentara bersama 14 anggota bomba ke tempat kebakaran.

Anggota Dewan Undangan Negeri Sekong, Datuk Samsuddin Yahya melawat mangsa dan memberi sumbangan.

Jabatan Kebajikan Masyarakat turut memberi bantuan makanan.


Tags / Kata Kunci: Sandakan , JKM
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan