Perodua Viva Terperosok Bawah Pesawat MAS Dalam Kemalangan Di KLIA

Diterbitkan: Khamis, 15 Mei 2014 5:35 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Satu kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Viva dan pesawat MAS yang akan berlepas dari Kuala Lumpur ke Yangon (KUL-RGN) berlaku kira-kira pukul 8.50 pagi, Khamis.

Dalam kejadian yang berlaku di kawasan pemunggahan kargo MAS (Bay A2) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kereta milik anak syarikat MAS, Firm City itu telah terperosok di bawah pesawat MH (9M-MXG) yang dijadualkan berlepas pada pukul 10.05 pagi.

"Siasatan mendapati pemandu kereta berkenaan mengaku tidak menarik 'handbrake' dengan kemas menyebabkan kereta bergerak sendiri.

"Tanpa disedari kereta telah terperosok di bawah kapal tersebut," menurut sumber.

Difahamkan, kenderaan kepunyaan Firm City ditugaskan untuk membuat pemantau proses pemunggahan barang-barang ke dalam pesawat.

Terdapat kesan calar di bahagian bumbung kereta dan di bahagian bawah pesawat.

"Kereta terbabit telah dibawa keluar dengan mengeluarkan angin tayar sebelah hadapan.

"Kapal tersebut telah dibawa ke 'hangar' untuk menjalani pemeriksaan selanjutnya."

Sementara itu MAS dalam satu kenyataan pada Khamis berkata penerbangan MH740 (KUL-RGN) telah dijadualkan semula pada pukul 10.45 pagi menggunakan pesawat berlainan.

Penerbangan pulang dari Yangon (MH741) dijadual semula berlepas pada pukul 12.30 tengahari.

Menurut syarikat penerbangan ini, pemandu kenderaan milik syarikat vendornya itu telah diberi teguran.

Pengarah Operasi MAS Kapten Izham Ismail berkata jurutera syarikat telah berada di lokasi kejadian untuk menilai kerosakan.

"Penilaian awal menunjukkan tiada risiko serta-merta kepada struktur pesawat. Bagaimanapun pemeriksaan menyeluruh perlu dijalankan," katanya.

Izham mengulangi bahawa keselamatan penumpang kekal penting kepada MAS.

Malaysia Airlines turut memohon maaf kepada semua penumpang MH740/741 pada 15 Mei ekoran gangguan kepada rancangan perjalanan mereka.
Tags / Kata Kunci: MAS , Perodua Viva

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan