Polis Tumpas Sindiket 'African Scam', Tahan Lima Lelaki Nigeria

Diterbitkan: Khamis, 15 Mei 2014 7:55 PM

ACP Mohan Singh Tara Singh

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket kes penipuan melibatkan warga Afrika (African Scam) dengan penahanan lima lelaki Nigeria dalam satu serbuan di sebuah rumah di Bandar Mahkota Cheras di sini, Rabu.

Ketua Daerah Polis Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata kesemua suspek berumur lingkungan 25 hingga 35 tahun dan merupakan pelajar di beberapa buah kolej swasta di sekitar ibu negara dan Selangor ditahan pada pukul 1 tengah hari.

"Polis turut merampas enam buah komputer riba dan sembilan telefon bimbit pelbagai jenama dalam serbuan itu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini Khamis.

Kesemua suspek ditahan reman sehingga Isnin depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Beliau berkata pihaknya bertindak mengesan suspek berdasarkan satu laporan yang diterima oleh seorang individu yang didakwa tertipu dalam kes itu.

Mohan Singh berkata mangsa mendakwa dia terpedaya kerana suspek menawarkan sejumlah wang bernilai 10,000 pound sterling (kira-kira RM54,000) untuk dipindahkan ke dalam akaunnya, namun mangsa perlu menjelaskan sejumlah wang sebagai bayaran pelepasan.

Beliau berkata setakat ini terdapat 11 kes penipuan yang mempunyai modus operandi yang sama yang dilaporkan sejak bulan Januari hingga April lepas dengan melibatkan kerugian sebanyak RM37,000.

Sindiket ini menggunakan laman sosial Facebook mangsa dengan melakukan berbagai penyamaran seperti menggunakan skrip atau ayat-ayat cinta untuk memerangkap mangsa.

Polis menasihati orang ramai supaya tidak terpengaruh dan terpedaya dengan sindiket seumpama ini bagi mengurangkan peluang sindiket tersebut mendekati mangsa.
Tags / Kata Kunci: sindiket , African Scam

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan