Operasi Polis Trafik Mulai Jun, Tak Kompromi Isu Rasuah

Diterbitkan: Khamis, 15 Mei 2014 3:33 PM

Mohd Fuad menunjukkan saiz sebenar plat nombor kenderaan yang dibenarkan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PRDM)  memberi tempoh antara dua minggu hingga sebulan kepada pemilik kenderaan untuk menukar cermin gelap, saiz nombor pendaftaran dan lampu mata arah yang tidak dibenarkan kepada spesifikasi yang ditetapkan bagi mengelak dikenakan tindakan.

Bagi menjamin operasi bermula 1 Jun untuk lampu mata arah dan 16 Jun untuk cermin gelap dan nombor pendaftaran berjalan lancar, pihaknya tidak akan berkompromi dan akan menahan sesiapa saja yang cuba menyogok anggota pasukan.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff berkata, semua pegawai dan anggota Cawangan Trafik diarahkan menangkap mana-mana orang yang memberi atau cuba merasuah pegawai atau anggota trafik.

"Saya juga minta orang ramai supaya melaporkan kepada PDRM atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) jika ada pegawai atau anggota trafik yang mengambil rasuah atau salah laku rasuah.

"Jika tidak tahu nama pegawai atau anggota, mereka boleh ambil nombor baju anggota ataupun nombor kenderaan mereka," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Khamis.

Mohd Fuad berkata, mulai tarikh yang ditetapkan itu, tindakan akan diambil kepada mana-mana pemilik kenderaan yang masih berdegil tidak mengikut arahan.

"Mulai 16 Jun 2014 Operasi Cermin Gelap akan dilaksanakan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan pesalah bakal didenda maksimum RM300.

"PDRM juga memberi tempoh kepada pemilik kenderaan (kereta atau motosikal) untuk menukarnya nombor pendaftaran kenderaan kepada yang telah ditetapkan.

"Nombor pendaftran hendaklah sentiasa dipamerkan di hadapan dan bahagian belakang kenderaan tersebut dalam kedudukan menegak pada plat segiempat atau permukaan segiempat yang tidak pecah dan selepas tarikh itu, kompaun kesalahan akan dikenakan sebanyak RM300.

"Manakala penggunaan lampu mata arah pada kenderaan mestilah mempunyai kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan mengikut Kaedah 138 (1) Kaedah Lalu lintas.

"Tempoh sehingga 1 Jun ini bagi pemilik yang memasang secara haram supaya membukanya," katanya.

Mohd Fuad berkata, tiga perkara ini akan lebih dipandang serius kerana ia boleh membawa kepada gejala jenayah.

"Kalau ada kes jenayah seperti ragut, samun atau sebagainya, mangsa sukar untuk melihat nombor pendaftaran kenderaan milik penjenayah itu.

"Manakala cermin yang terlalu gelap boleh membawa kepada pelbagai kemungkinan yang ada dalam kereta tersebut," katanya sambil menambah tahap pencahayaan masuk bagi cermin depan 70 peratus manakala cermin sisi kiri/kanan 50 peratus.

Dalam pada itu, Mohd Fuad berkata, pihaknya akan terus membenteras 'samseng jalanan' atau mat rempit dengan mengadakan operasi pada setiap hujung minggu di lokasi yang menjadi tempat merempit.

"Sepanjang Januari hingga April 2014 sebanyak 314 operasi dijalankan di seluruh negara dan 105 orang ditahan, manakala daripada jumlah itu, 76 orang dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

 

Tags / Kata Kunci: Trafik , PDRM , Mohd Fuad

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan