Kemalangan Maut: Ibu Bapa Bunuh Anak Sendiri - Mohd Fuad

Diterbitkan: Khamis, 15 Mei 2014 4:24 PM

Antara kemalangan maut yang melibatkan pelajar sekolah di Seremban bulan lalu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd latiff menyalahkan ibu bapa sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan maut membabitkan penunggang bawah 15 tahun.

Secara peribadi, Mohd Fuad berpendapat, ibu bapa atau penjaga yang membunuh anak remaja mereka.

"Mereka (ibu bapa) memberi kebenaran kepada anak mereka menunggang motosikal sebelum ada lesen memandu yang sah.

"Walaupun tahu dan sedar sebab dan akibat menunggang tanpa lesen, mereka tetap tidak ambil peduli. Amat sedih sekali kerana rata-rata yang terlibat dalam kemalangan maut berusia bawah 15 tahun," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Khamis.

Mohd Fuad mengulas kes kemalangan melibatkan remaja apabila statistik menunjukkan kemalangan motosikal masih menjadi kes paling ramai terkorban tahun ini.

"Dalam tempoh Januari hingga Mac 2014, seramai 1,014 mangsa membabitkan kemalangan motosikal (62 peratus) dan daripada jumlah keseluruhan itu, kematian yang direkodkan iaitu 1,623 dimana remaja bawah 15 tahun yang terkorban adalah seramai 127 orang," katanya.

Selain itu, katanya, jumlah kematian melibatkan kemalangan kereta pula mencatat 332 kes iaitu 20.5 peratus dan pejalan kaki 7.7 peratus.

Sementara itu, jumlah kemalangan jalan raya dalam tempoh Januari hingga Mac 2014 pula sebanyak 114,115 kes, berbanding 116,412 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

"Walaupun ia mencatat penurunan sebanyak dua peratus atau 2,297 kes di seluruh negara, kami tetap tidak berpuas hati.

"Sebolehnya mahu melihat 'zero' tanpa kemalangan, namun itu sesuatu yang mustahil," jelas Mohd Fuad.

Dalam tempoh ini juga, kereta mencatat kemalangan paling tinggi iaitu sebanyak 143,281 kes (69.5 peratus), diikuti motosikal 28,172 (13.7 peratus) dan pacuan empat roda 11,167 (5.4 peratus) kes daripada jumlah keseluruhan jalanraya yang direkodkan iaitu 206,243 kenderaan yang terlibat.

Tags / Kata Kunci: kemalangan maut , remaja , PDRM , Mohd Fuad

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan