Polis Rampas 23 Kg Dadah, Tahan 5 Warga Asing

Diterbitkan: Rabu, 14 Mei 2014 3:08 PM

Noor Rashid Ibrahim menunjukkan dadah yang dirampas bernilai RM4.6 juta selepas mengadakan sidang media di Bukit Aman di sini,Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lima warga asing termasuk seorang wanita ditahan, manakala hampir 23 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai RM4.6 juta dirampas dalam serbuan di lima lokasi berasingan dalam tempoh dua hari.

Penahahan tiga lelaki Iran dan dua Nigeria yang disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah itu hasil kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan pasukan Taktikal Khas Narkotik (STING) dan JSJN Selangor.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, penahanan seorang wanita Nigeria di sebuah pangsapuri di Bukit Jalil pada Isnin membawa kepada rampasan dadah berkenaan seberat 2.6 kg.

"Kediaman itu diperiksa dan dadah itu disembunyikan dalam kotak perakam video.

"Susulan tangkapan itu, kami dibawa ke satu lagi unit pangsapuri dan merampas 6.1 kg syabu yang dibungkus dalam lima bungkusan makanan ringan dan lima lagi kotak perakam video, selain 14 gram ganja.

"Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat di sini," katanya pada sidang media di Bukit Aman, Rabu.

Noor Rashid berkata, pihaknya juga menahan seorang lelaki warga Nigeria di pangsapuri lain dan merampas beg galas mengandungi tiga bungkusan plastik berisi 718 gram dadah syabu.

Selain itu, katanya, penahanan membabitkan tiga warga Iran itu berlaku pada hari sama dan mereka ditahan dalam sebuah kereta di Ampang.

"Polis berjaya merampas empat bungkus dadah syabu seberat kira-kira dua kg yang diletak di tempat duduk belakang kereta itu," katanya.

Dalam serbuan berasingan pada Selasa di Sungai Besar, pula pihaknya merampas syabu seberat 11.5 kg di ladang kelapa sawit Sabak Bernam, bagaimanapun tiada tangkapan dibuat.

Katanya, semua suspek berusia 20 hingga 46 tahun itu ditahan reman selama seminggu dan akan diambil tindakan dibawah Seksyen 39B (Akta Dadah Berbahaya 1952).

Tags / Kata Kunci: JSJN Bukit Aman , STING , Nigeria , Iran , syabu

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan