Pesawat Malindo Air Berpatah Balik Selepas Tayar Kempis

Diterbitkan: Rabu, 14 Mei 2014 7:50 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebuah pesawat Malindo Air membawa 72 orang penumpang terpaksa berpatah balik ketika berlepas dari Lapangan Terbang Subang selepas salah satu daripada tayarnya kempis, pada Rabu.

Seorang pegawai penerbangan mengesahkan bahawa penerbangan OD1232 menuju Kota Baru mengalami masalah kecil ketika membuat persediaan untuk berlepas.

Tiada kecederaan dilaporkan.

"Kami mempunyai pesawat lain untuk membawa penumpang ke Kota Baru.

"Penerbangan itu dijadualkan semula pada pukul 11 pagi dan tiba dengan selamat pada pukul 12.05 tengahari," kata pegawai itu.

Kejadian ini berlaku selepas insiden pada Mac di mana penerbangan Malindo Air ke Kuala Terengganu terpaksa berpatah balik ke Subang selepas pesawat terbakar pada ketinggian 7,000 kaki.

Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.

Syarikat penerbangan itu yang memulakan operasi pada 22 Mac tahun lepas, adalah usaha sama antara syarikat Malaysia dan Indonesia.
Tags / Kata Kunci: Malindo Air

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan