Raja Dadah Iran 'King Pin' Dicekup

Diterbitkan: Rabu, 14 Mei 2014 3:57 PM

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim menunjukkan pelbagai jenis dadah yang dirampas seberat 22.9 kg bernilai RM4.6 juta selepas mengadakan sidang media di Bukit Aman pada Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis berjaya menahan ketua sindiket pengedaran dadah dari Iran atau 'King Pin' ketika lelaki yang mempunyai pengaruh dalam dunia dadah itu sedang membeli belah di ibu negara.

Suspek yang diusir pada 2009 selepas ditahan pada 2008 kerana terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah dikesan kembali ke negara ini secara tidak sah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, suspek berusia 40-an ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah selain terdiri daripada suspek dadah yang dikehendaki.

"Hasil pemeriksaan, polis tidak menemui sebrang jenis dadah pada suspek tetapi ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine atau syabu.

"Mengikut rekod, lelaki terbabit pernah ditahan pada  2008 dan diletakkan di Pusat Pemulihan Simpang Renggam. Dia kemudian diusir ke negara asalnya, Iran pada 2009.

"Bagaimanapun pada pertengahan 2010, suspek kembali ke Malaysia dan menjalankan kegiatan pengedaran dadah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Rabu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya pada Selasa mengucapkan tahniah kepada Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting) atas kejayaan terbaharu itu.

"Syabas lagi STING @PDRMsia berjaya berkas Kingpin Dadah warga Iran yang sangat dikehendaki sebentar tadi. Bebaskan Negara dari dadah!"

Tags / Kata Kunci: Polis , Narkotik

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan