Penguatkuasa Dalang Lindungi Operasi Haram

Diterbitkan: Selasa, 13 Mei 2014 10:23 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Tuntutan wang perlindungan mencecah lebih RM5,000 sebulan yang didalangi anggota penguatkuasa dikesan antara faktor setiap pengusaha premis cakera padat video (VCD) dan cakera padat digital (DVD) haram sekitar Pulau Pinang terus kebal.

Beberapa kawasan yang dikenalpasti menjadi tempat operasi pengusaha premis ini adalah di sekitar Air Itam dan Jelutong di bahagian pulau, manakala Prai dan Bagan Ajam di Seberang Prai.

Lebih mengejutkan apabila pemantauan mendapati ada premis yang terletak berdekatan balai polis, tetapi masih beroperasi walaupun pada waktu siang.

Tinjauan mStar Online di sekitar kawasan itu baru-baru ini menemui beberapa petunjuk yang mengesahkan pembabitan anggota beruniform apabila ada pengusaha mendakwa makin tertekan kerana sering didatangi atau dihubungi pihak yang menuntut wang perlindungan bagi menjamin kelangsungan perniagaan haram itu.

Suapan yang diberikan biasanya dalam bentuk wang, sama ada secara terus atau dimasukkan ke dalam akaun pihak ketiga.

Seorang bekas pengusaha yang enggan dikenali itu berkata, penjualan secara berleluasan VCD dan DVD tempatan, antarabangsa dan bahan lucah di negeri itu mendorong pihak terbabit mengaut keuntungan 'atas angin'.

"Hampir 30 orang yang mendakwa mereka anggota polis, kastam dan pegawai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) meminta wang perlindungan setiap sebulan dan jumlah suapan yang terpaksa diserahkan tidak menentu, antara RM50 hingga RM200 seorang dan adakalanya lebih.

"Dalam masa tiga bulan kebelakangan ini hampir RM12,000 terpaksa diserahkan," katanya yang serik menjalankan perniagaan itu kerana menanggung rugi akibat terpaksa memenuhi tuntutan anggota penguatkuasa untuk membayar wang perlindungan.

Selain beroperasi secara kecil-kecilan di restoran atau gerai makan, penjual ini turut menggunakan khidmat kedai di kawasan tumpuan.

Pelanggan hanya perlu memilih tajuk filem atau VCD yang diingini berdasarkan contoh yang diletakkan di kaunter dan ruang pameran, selepas itu pembantu kedai akan mengeluarkan bahan yang diminta untuk dijual pada harga hanya RM5 sekeping.

Beberapa pengusaha lain juga berhadapan masalah sama, malah mendakwa didatangi pegawai kanan pasukan beruniform untuk mendapatkan suapan bagi melindungi perniagaan VCD dan DVD haram itu.

"Ada yang menyamar sebagai penguatkuasa bagi mendapatkan wang mudah," katanya.



Tags / Kata Kunci: vcd , dvd , Pulau Pinang , wang perlindungan

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan